Minggu, 13 Oktober 2013


wanita dengan ilmu

0
 Dalam soal ini Islam tidak membezakan antara lelaki dan wanita. Wanita juga diperintahkan agar memb ekalkan diri dengan ilmu yang bermanfaat, yang dapat mendorongnya sehingga mengenal Allah dan agamaNya. Nabi SAW bersabda, '' Menuntut ilmu adalah fardhu setiap muslim.'' (Thabrani)


  Perkara ini terungkap dalam sabda-sabda Baginda SAW yang lain. Baginda SAW bersabda, ''Sesiapa sahaja lelaki yang mempunyai hamba sahaya wanita lalu ia mengajarkannya dan membaguskan pengajarannya dan adabnya serta mendidiknya kemudian mengahwinkannya, maka baginya 2 pahala." (Abu Dawud).


  Rasulullah SAW bersabda, '' Barangsiapa yang memilki 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu mereka dididik dengan adabnya, berbuat baik kepadanya dan sampai mereka dinikahkan, maka baginya syurga.'' (Abu Daud)

Ali Bin Abi Thalib r.a. berkata, '' Sebaik-baik wanita adalah wanita-wanita Ansar. Mereka tidak malu mempelajari dan mendalami pemahaman agama.'' (Abdur Razak)

  Nabi SAW sentiasa mengkhususkan pada hari-hari tertentu untuk mengajar kaum wanita mengenai hukum-hukum agama. Sehingga kaum wanita juga dapat belajar dan mengajar sesama wanita. Kerana ada satu masa di mana Rasulullah SAW pun merasa malu untuk menjelaskan beberapa hukum agama yang khusus bagi wanita. Maka di situlah kaum wanita berperanan untuk saling belajar dan mengajar. Sehingga tidak timbul fitnah dalam ajar mengajar. (Bukhari,Muslim).


  A'isyah r.anha berkata, " Ada seorang wanita bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimna cara mandi sesudah bersih dari haidh. Lalu Rasulullah SAW menyuruh wanita itu memperagakannya dan berkata, '' Ambillah wangian itu dan sucikanlah ia.''  

Wanita itu bertanya lagi, '' Bagaimana caranya? '' Nabi SAW menjawab, '' Ya pakai saja." 
Wanita itu nampaknya belum puas dengan jawapan Nabi SAW, jadi dia bertanya lagi,

 '' Bagaimana caranya, ya Rasulullah?'' Dengan tersipu Rasulullah SAW menjawab, '' Subhaanallah, ya pakai saja!'' Selanjutnya baginda SAW memanggil aku untuk menggantikan Baginda dalam menjelaskan hal ini.'' ( Bukhari,Muslim)


  Ibnu Hazm menjelaskan persekutuan wanita dengan lelaki dalam mencari ilmu, berkata, '' Setiap muslim yang sudah baligh dan berakal, lelaki dan wanita, orang merdeka dan hamba sahaya, ''adalah wajib."


  Tidak seorang pun dari kaum muslimin yang menyanggahnya bahawa ia harus mengetahui mana yang halal dan mana yang haram bagi dirinya, siapa pun ia. Mereka semua diwajibkan adil dalam proses belajar. Seorang Imam dapat memaksa para wanita dan wanita yang ''terpandang'' sekalipun agar belajar sendiri atau memberi peluang kepada mereka untuk belajar. Imam juga layak bertegas dalam hal ini serta mengatur orang-orang untuk mengajar orang lain yang masih jahil.''




Pentingnya Menuntut Ilmu Bagi Wanita.


   Rasulullah SAW bersabda, '' Sesungguhnya seorang wanita itu dicipta dari tulang rusuk. Sekali-kali ia tidak akan lurus bagimu di atas satu jalur. Jika engkau bersenang-senang dengan wanita maka engkau akan mendapatkannya sedangkan pada dirinya tetap ada bengkok.'' (Muslim)

   Syeikh Abu Muhammad Jibril menyatakan bahawa dari penyelidikan para ahli ilmu jiwa dan menurut kenyataannya bahawa wanita, meskipun ianya telah dewasa namun tingkah lakunya masih seperti anak-anak tabiat manja dan suka merajuk selalu ada padanya. 

   Selanjutnya beliau berkata selain sifat suka merajuk, mudah menangis dan putus asa. Wanita mempunyai sifat hiba hati yang sangat dalam, pendiriannya mudah berubah dan ketabahannya mudah goyah. Kerana sifat-sifat itulah kaum wanita wajib dididik, di ajar dan diberi bimbingan yang cukup. Jika tidak memperolehi bimbingan yang memadai bahaya akan datang segenap lingkungan masyarakat dan kerosakan pun akan terjadi di mana-mana akibat kebodohan mereka. Sebab pada hakikatnya wanita itu adalah fitnah dan ujian terbesar, juga sumber kerosakan yang dasyat jika tidak diiringi dengan iman dan ilmu yang baik.

   Dalam hal ini pun, para suami pun bertanggungjawab untuk memberi pengajaran, pengetahuan agama kepada isterinya. Syeikh Ibnu Abdullah berkata, '' Jikalau isteri mengabaikan hukum dari hukum-hukum haidh dan istihadhah dan lelaki-lelaki tidak mengajarkannya, maka lelaki-lelaki tersebut keluar bersama dengan isterinya dan ia bersekutu dalam dosa.''

0 komentar:

Posting Komentar